Tahun kesedihan
Pada tahun ke -10 selepas kenabian,Abu Talib meninggal dunia.Muhammad bin Abdullah sangat sedih dengan kematian Abu Talib,bapa saudara yang menggantikan ayahnya membesarkannya dan berdiri di belakang perjuangannya,membela daripada kejahatan Quraisy yang belum islam .Semasa Abu Talib nazak,Muhammad ada disisinya.Berita itu sampai kepada Abu Jahal.Cepat-cepat Abu Jahal datang.Abu Talib masih nazak,Muhammad berada di kepalanya sedang memujuk Abu Talib.
Muhammad berkata “wahai bapa saudaraku ,ucapkanlah “tiada Tuhan melainkan Allah,Perkataan yang membolehkan aku membela kamu pada hari Akhirat nanti”
Abu Jahal terus manghalang Abu Talib daripada mengycapkan syahadah. Abu Jahal berkata”Demi Allah ,wahai Abi Talib ,kalau kamu melafazkannya kami akan memalukan kamu selamanya-lamanya Akhirnya Abu Talib berkata :Aku takut nanti bangsa Arab memalukan aku dengan hal ini.
Abu Talib mati dalam keadaan tidak sempat mengucapkan syahadah .Muhammad terlalu sedih di atas kematian Abu Talib ini.Tidak sempat beliau membawa bapa saudaranya yang dikasihi masuk Islam.
Selepas sebulan kematian Abu Talib ,Siti Khadijah pula meninggal dunia .Orang yang paling dekat dengan nabi Muhammad,satu-satunya isteri beliau pada masa itu.ibu kepada anak-anak beliau.Orang yang petama isslam dan paling banyak membantu perjuangan beliau dari deti-detik awal perjuangan beliau lagi.
Selepas menerima wahyu ,Muhammad melibatkan diri sepenuhnya masa dengan perjuangan dakwah.Selepas kematian Abu Talib dan Siti Khadijah ,tahun itu dinamakan Tahun Kesedihan apabila Muhammad teringat dalam masa 10 tahun beliau mengajak Quraish memeluk islam ,hanya 70 orang lelaki bersamanya di Makah tidak termasuk di Habsyah.Tetapi jumlahnya masih sedikit dibandingkan dengan tempoh 10 tahun berdakwah.
Muhammad mula berfikir untuk menyebarkan dakwah kepada suku yang berada diluar Makah.Penentangan Quraisy semakin hebat selepas kematian Abu Talib dan Siti Khadijah.
Wsalam...
